BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Sejarah Kolam Siba

KOLAM SIBA telah siap dibina pada tahun 2000 di kawasan dataran lembah seluas tiga (3) ekar. Berbentuk 'U' shape' dan terletak di Jalan Siba, Kg. Merampong sejauh 17 km dari Pekan Keningau. Sumber airnya adalah anak sungai (stream) dan mata air (spring). Perkataan SIBA adalah dari bahasa Kadazandusun yang bermakna dataran lembah dalam bahasa Melayu. Telah beroperasi sejak tahun 2001 dan mempunyai lesen berniaga No. 48/838 di Pejabat Daerah Keningau.

Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA SEMPENA HARI MALAYSIA PADA 30 OKTOBER 2010(SABTU)

Tarikh        :  30 Oktober  2010 (Sabtu) - 09.00 pagi hingga 02.00 petang ( 5 jam)
Tempat      :  Kolam Siba, Kg.Merampong, Jalan Apin-Apin, Keningau

HADIAH PERTANDINGAN TOP TEN
i. Johan menerima wang tunai RM1,000.00 dan sebuah hamper.
ii. Naib Johan menerima wang tunai RM500.00 dan sebuah hamper
iii. Ketiga menerima wang tunai RM300.00 dan sebuah hamper.
iv. Ke-4 hingga Ke-10 masing-masing menerima RM100.00 dan sebuah hamper
* Hadiah-hadiah sampingan akan diusahakan dan akan diumumkan semasa pertandingan.

YURAN PENYERTAAN
i. RM55.00 setiap satu joran. Ahli Rakan Kolam Siba dapat diskaun RM5.00.
ii. Bayaran dibuat sebelum atau semasa pendaftaran pada 30 Oktober 2010 mulai jam 07.00 pagi.

MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi Puan Masnah Sani 019-8313268, 019-5881895 atau Encik Maidin Dimal 019-5382360

0 comments: